Tuesday, 27 December 2011

Kelas Minggu 14

DATABASE
Assalamualaikum..
Tugasan minggu 14 adalah menyediakan satu database yang mana harus mengikut perkara-perkara yang telah di tekankan iaitu:

  • Tables
  • Forms
  • Queries
  • Report
Oleh itu kami harus menyediakan satu database yang berkaitan dengan maklumat mengenai pelajar melalui openoffice ataupum microsoft excell.

1)Perkara pertama adalah tekan microsoft excell<klik>Blank database<klik>create untuk mendapatkan tables bagi mengisi maklumat pelajar iaitu:


seterusnya



2)Berikut adalah untuk mendapatkan tables untuk mengisi data.


3)Tables hendaklah diisi dengan memasukkan data berikut,dan setiap satu label hendaklah disimpan terlebih dahulu.


4)Berikut adalah cara untuk membuat relationship pada database iaitu<klik>relationship dan tambahan semua data yang ingin dihubungkan.


5)Untuk memasukkan queries pada database<klik>pada create dan pilih queries wirzard


6)Untuk mendapatkan report caranya adalah:


  • Setelah siap database tadi hendaklah diupload dalam yahoo group dan google doc.Akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan minggu 14.Semakin banyak perkara yang dipelajari
  • Rumusan yang boleh saya simpulkan mengenai subjek komputer dalam pendidikan adalah kesabaran dan keberanian dalam diri untuk memcuba segala yang ada pada perisian.
  • Oleh itu,pengetahuan saya daripada mengetahui agak sedikit menjadi semakin bertambah dari semasa ke semasa
  • Walaupun begitu ada beberapa tugasan yang saya harus meluangkan lagi banyak masa untuk memahaminya dengan lebih baik lagi.
  • Kesannya,kemahiran yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam pekerjaan kelak,lebih-lebih lagi pada zaman abad ke21 ini.
Sekian....

Kelas Minggu 13

assalamualaikum..
Tugasan pada kali ini adalah menyediakan spreadsheet melalui openoffice dan microsoft excell..

  1. Openoffice calc saya harus mempelajari dan mengetahui fungsi-fungsi yang berikut iaitu:
      -Set formula (use of `=')
      -Fuction Wizard
      -Link between sheets

  •      Tugasan 8 (a) adalah menyediakan satu perbelanajaan tahunan.Pengiraannya hendaklah dilakukan dalam openoffice.
      Langkah 1:Data yang hendak dimasukkan adalah dalam openoffice tekan spreadsheet..


       Langkah 2:Mengisi perkara-perkara yang hendak dimasukkan kedalam cell..


   Langkah 3:Mengisi semua data yang diperlukan untuk memudahkan pengiraan.
              

   Langkah 4:Membuat pengiraan terhadap data yang telah diletakkan berdasarkan formula bagi memudahkan dan mempercepatkan pengiraan..


    2.Microsoft excell perkara yang harus dipelajari dan dikuasai adalah:
    -Define name
    -Fill Series
    -VLOOKUP
    -STDEV
    -AVERAGE
    -COUNTIF
    -Sort
    -Filter
    -Graph
  • Tugasan 8 (b) adalah menyediakan satu data yang mana mengandungi markah dan gred pelajar mengikut matapelajaran.
      Jadual haruslah mengandungi perkara-perkara berikut iaitu:

        1)mempelajari define name adalah untuk memudahkan kita membuatkan pengiraan formula untuk mendapatkan gred..





     2) Fill series iaitu meletakan kepelbagaian jenis warna pada jadual untuk membezakan label-label yang telah dibuat.


      

    3)Mempelajari cara pengiraan menggunakan VLOOKUP bagi memudahkan untuk mendapatkan markah pelajar.


      Contoh Pengiraan Formula:


                  
       4)Mempelajari mengenai formula untuk mengira STDEV:


      5)Mempelajari cara pengiraan AVERAGE:

                 
        
   6) Membuat COUNTIF:
    -Harus define nama terlebih dahulu
    -Kira mengikut formula yang telah ditetapkan.


Formula untuk mengira COUNTIF:

       7) Mempelajari cara-cara untuk menyediakan filter iaiutu kepentinganya adalah untuk membuatkan perbezaan data-data yang mana semuanya adalah berlainan.Contohnya:


             8)Menyediakan grah berdasarkan data-data yang telah dimasukkan.Cara-caranya ialah:

        
Contoh graf yang dibuat:



  • Setelah selesai menyiapkan semua data berdasarkan maklumat yang diberikan berdasarkan performa langkah seterusnya adalah upload tugasan tersebut dalam google doc spreadsheet:



  • P/S:Kelebihan menggunakan openoffice dan microsoft excell adalah memudahkan pengiraan data kerana telah mempunyai formula yang telah ditetapkan..

       



            
              
                          


Tuesday, 20 December 2011

kelas minggu 11 & 12

CREATIVE EFFECTIVE MULTIMEDIA PRODUCTION


assalamualaikum...
Tugasan saya pada kali ini adalah menyediakan presentation skills dan impress..

  1. Presentation Skill
  • Bertujuan untuk mendedahkan kita tentang bagaimana menyediakan bahan pembentangan yang menarik dan bersesuaiannya iaitu mengandungi ciri-ciri berikut:
          -Kandungan power point atau slaid pertama dijadikan sebagai outline persembahan
          -Jenis font yang digunakan haruslah bersesuaian.Font yang digunakan adalah menggunakan saiz yang     
            sesuai.
         -Templet atau background power point adalah bersesuaian dengan warna tulisan dan menggunakan
           animasi untuk menambahkan lagi tarikan pada slaid.


    2. Impress

  • Merupakan perisian yang bersifat sumber terbuka yang mana adalah percuma.
  • Kelebihan menggunakan impress adalah dapat menyediakan persembahan yang mana dilengkapi dengan  multimedia.
Tugasan 7(a) iaitu menyediakan persembahan melalui impress berdasarkan isi kandungan mini research pada tugasan 5..

  • cara-cara untuk menyediakan impress adalah melalui openoffice iaitu:
       


  • Seterusnya klik pada Empaty Presentation yang mana mempunyai kelebihan iaitu persembahan yang dibuat dapat diupload melalui google doc




  • Tekan pada normal untuk mendapat slaid>slaid master>Layout untuk mendapatkan kepelbagaian jenis layout.





  • Outline>untuk menulis tajuk dan point dalam slaid


  • notes>berfungsi untuk menyediakan skrip untuk pembentang..


  • Handout>digunakan untuk diprint dan diberikan kepada audiens>bagi menentukan bilangan muka surat boleh tekan pada layout.




Tugasan 7(b) iaitu mempelajari cara untuk memperkembanagnkan multimedia courseware dengan menggunakan isi kandungan pada tugasan satu.Tugasan ini hendaklah dibuat dalam microsof power point.

  • Cara-caranya hendaklah dibuat pada microsoft power point dan  mengandungi video yang diedit dalam windows movie maker,grafik/imej yang diedit melalui paint,animation custom yang diedit melalui GIMP,& audio (record dan edit menggunakan audacity...


Berikut adalah hasil power point kerjasama yang dilakukan oleh kami:



Banyak lagi perkara yang harus saya pelajari dan berusaha sedaya mungkin untuk menguasainya..


Wednesday, 7 December 2011

Kelas minggu 9 & 10 (tugasan 6)

MULTIMEDIA IN EDUCATION

2D Graphic Editing Software
Contoh-contoh perisian yang mengandungi 2D Graphic Editing Software ialah:
  • Microsoft Paint/Paint Brush
  • Shapes/smart Art Power Point
  • GIMP (OSS)
  • Online google draw (collabrative drawing)
  • OpenOffice Draw (OSS)
Learning about 2D graphic types:bitmap and vector images

vector:
Suatu format gambar yang disusun berdasarkan vektor dengan tujuan
meminimalisasi penggunaan tempat penyimpanan data. Informasi yang
digunakan diantaranya adalah posisi titik awal, titik akhir dan arahnya
yang dihitung berdasarkan metode matematika (Bezier, Spline, NURBS,
dll) sehingga dapat diperbesar dan diperkecil tanpa merusak kualitasnya.
Bitmap:
Pemetaan bit. Gambar grafis komputer yang terdiri atas titik-titik yang membentuk baris dan kolom.
Citra yang terbentuk terdiri atas titik dan pixel. Pada citra raster,
citra terdiri atas barisan pixel dan bukan vektor yang memiliki
koordinat. Satu titik direpresentasikan oleh satu atau lebih bit data.
Makin banyak bit yang digunakan untuk mempresentasikan satu titik,
makin banyak warna dan bayangan abu-abu yang bisa digambarkan.

Disingkat dengan BMP. Suatu format file atau ekstensinya untuk
format file grafis bit mapped windows yang menyimpan citra sebagai grid
titik-titik atau pixel. Dalam windows atau DOS suatu file bitmap akan
diberi nama seperti : image01.bmp, dimana dibelakang titik (.) ada
ekstensi bmp. File dengan nama seperti ini menunjukkan file jenis bitmap



Graphic/Image file format:JPEG,GIFF,TIFF,BMP,PNG.WMF

JPEG...(Join Photography Expert Group)

Kaedah standart yang digunakan dalam operasi untuk photographic imej.JPEG dibuat bagi memudahkan loosy compression imej.Umumnya file yang berformat JPEG menggunakan extensi jpeg,jpg.jpe,jfif,jif,dengan kedalaman 24 Bits @ setara dengan 16 juta warna.JPEG tidak dapat digunakan dalam urusan file audio.

Kelebihan JPEG:
  • Dapat menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi.
  • Merupakan format fail yang paling banyak disarankan dan digunakan.
GIff...(Graphic Interchange Format)

Kebihan GIFF:

Ukuran fail yang dihasilkan dalam relatif kecil mampu mengganbungkan beberapa gambar menjadi satu kesatuan dan menampilkannya secara berganti (animasi) yang mana warna latar belakang dapat dibuat transparan dan adanya teknologi interlancing yang akan membuat sesebuah file di upload secara utuh dengan kualiti yang ditampilkan secara bertahap.

Kekurangan GIFF:

  • Keterbatasan warna yang dihasikan dari GIFF membuat beberapa rekaan menjadi kurang berkualiti.
  • Disebabkan kerana komposisi warna yang terlalu terbatas iaitu 8 bits atau 256 warna.
  • Menghasilkan foto yang mempunyai kualiti yang agak kurang bagus kerana mengalami pengurangan jumlah warna.



PNG...(Portable Network Graphic) 

Kebihan PNG:

  • mempunyai kelebihan yang lebih kurang sama dengan GIFF
  • kecuali ia mempunyai animasi filtur interlancing 2 dimensi yang terbukti lebih baik jika dibandingkan dengan GIFF kerana tersedianya format PN68 (256 warna)PN24
  • dimana pereka dapat memeilih lebih banyak pilihan untuk menghasilkan kualiti gambar
  • teknik kompresi lossels yang digunakan akan menghasilkan ukuran fail yang kecil dengan tidak menjejaskan kualiti gambar
Rujukan:http://arifgunawan.wordpress.com/2009/01/13/sekilas-tentang-jpeg-mpeg-1-dan-mpeg-2/


DESKTOP PUBLISHING SOFTWARE
  • Microsoft Publisher
Tugasan ini adalah menyediakan satu brochure/leaflet melalui perisian microsoft publisher.Isi kandungan brochure adalah berdasarkan topik yang telah diberikan pada tugasan 1.

  • Kaedah pertama adalah mencari perisian microsoft publisher yang terdapat pada dekstop masing-masing.Seterusnya memilih brochure bagi memudahkan kita untuk menyiapkan brochure.Iaitu:



  • Seterusnya bagi mempelbagaikan dan mempelbagaikan warna dan kecantikan brochure kita boleh tekan pada template brochure dan kita boleh memilih jenis pages untuk brochure masing-masing.Selain itu,background brochure juga boleh diedit mengikut kreativiti masing-masing.Kaedahnya ialah:


  • Berikut adalah bruchure yang telah dihasilkan



WORD PROCESSOR SOFTWARE

  • Microsoft Word 
  • OpenOffice Writer
  • Online Word Processor(Google doc)
Tugasan kali ini adalah menyediakan satu booklet dengan menggunakan microsoft word.
Tugasan juga masih sama iaitu isi kandungan booklet yang akan dibuat adalah berdasarkan tugasan satu iaitu berkaitan dengan perisian sumber terbuka bagi tajuk kumpulan kami atau tajuk mengikut kumpulan masing-masing.
  • Kaedah pertama adalah tekan microsft word yang terdapat pada dekstop masing-masing.

  • Seterusnya tekan pada page layout >margin>bookfold..


  • Booklet yang telah siap dihasilkan..


Akhirnya tugasan minggu ini berjaya disiapkan.Walaupun masing terdapat banyak kekurangan.Oleh itu,saya akan terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri bagi meningkatan pengetahuan dalam bidang ini,Hal ini demikian kerana untuk mendapatkan hasil yang terbaik adalah melalui usaha yang gigih.

Wednesday, 16 November 2011

Kelas minggu ketujuh & lapan

    Tugasan kali ini adalah mempunyai perkaitan dengan tugasan minggu kelima yang telah diberikan oleh kami.
Tugasan kali ini adalah berpandukan DIKW:Data->Information->knowledge->wisdom dimana penting untuk menghubungkan dengan tugasan kelima.

Sebelum mengisi data dalam SPSS kami harus terlebih dahulu megetahui mengenainya melalui link yang telah diberikan iaitu:

  • http://my.ilstu.edu/~mshesso/SSPS/tutorial.html
  • http://www.sagepub.com/field3e/Downloads/samplechapter.pdf
  • http://spss.co.in/chapters.aspx?id=1

1.Mengisi data dalam spss
 1.1    Seterusnya mengisi data daripada soalan yang dibuat pada google docs kedalam bentuk spss untuk mendapatkan analisis daripada responden.Soalan tadi hendaklah dicetak terlebih dahulu bagi bagi memudahkan pengisian data.Pada setiap soalan hendaklah ditandakan kod menggunakan pencil bagi setiap pembolehubah yang terdapat dalam soalan.Sebagai contoh bagi jantina yang mana mempunyai 2 pembolehubah atau pilihan jawapan skala 1 bagi perempuan dan 2 bagi lelaki.Hal ini bertujuan untuk memudahkan pengisian data dalam spss nanti.Manakala,bagi soalan yang mempuyanyai pilihan jawapan melebihi dua skala adalah lebih bergantung pada jawapan.Contoh penandaan skala bagi jawapan yang melebihi dua pilihan jawapan adalah:
        1.Sangat tidak bersetuju
        2.Tidak setuju
        3.Kurang Setuju
        4.Setuju
        5.Sangat setuju
1.2    Selepas itu,analisis yang diperolehi melalui soalan yang telah dijawab oleh responden yang mana telah di edarkan melalui facebook untuk mendapatkan responden bagi menjawabnya hendaklah dipindahkan ke dalam data SPSS.Hal ini bertujuan untuk mendapatkan data dalam bentuk persembahnan kuantitatif.Dimana melalui SPSS pelbagai jenis data akan dapat diperolehi seperti persembahan data dalam bentuk jadual,graf,carta pai dan banyak lagi mengikut kesesuaian yang kita mahukan.Cara-cara untuk mengisi data daripada google docs kedalam SPSS adalah:

  • Harus mempunyai perisian SPSS
  • Tekan `variable view':
        ~Isi perkara yang terdapat pada soalan seperti jantina,penempatan,soalan 1 dan lain-lain pada kolum      yang pertama
       ~Pada label yang dipaparkan hendaklah di isikan dengan soalan.
      ~pada value di isi 1.lelaki dan 2.Perempuan
      ~measure diisi bagi soalan yang mempunyai dua pilihan jawapan adalah nominal.Manakala bagi yang     sebaliknya adalah dominal,

  • Seterusnya tekan pada data view:
       ~tekan `view'-akan keluar` value label'

  • Bagi mendapatkan data dalam bentuk graf bar adalah:
      ~Tekan paparan yang bertulis `bar graph'
     ~Pilih jenis graf yang dikehendaki
     ~Pada y-axis letakkan soalan yang dikehendaki.

  • Bagi mendapatkan `frequency' adalah:
     ~Tekan `anaylayze'
    ~Seterusnya tekan `Descriptive Statictics
      -Pilih frequencies
      -Masukkan `variable' yang dikehendaki.
      -Tekan padanya statistics -Quartiles
     -Pilih `mean' @ `median'-central tendecy...

2.Analisis melalui kualitatif untuk mendapatkan responden

  • Memilih satu tema yang mempuyai perkaitan dengan soalan yang telah disediakan 
  • Setelah itu membuat perbincangan secara maya melalui facebook bagi mendapatkan pandangan daripada responden mengenai tema yang dipilih.
3.Menyediakan report mini bedasarkan data kuantitatif dan kualitatif yang diperolehi.
  • Pengenalan
  • objektif kajian
  • Kesimpulan
4.Berdasarkan mini report seterusnya menyediakan journal article format berdasarkan turutan berikut iaitu:
  • Tajuk
  • abastrak
  • Pengenalan
  • Kajian lepas
  •  Metadologi
  • Pendekatan kajian
  • Perbincangan
  • Cadangan dan Kesimpulan
*journal article format hendaklah dibuat dalam open office writer...


   

     
     

Tuesday, 25 October 2011

Kelas Minggu Keenam

Assalamuaikum..
Tugasan minggu ini masih menggekalkan kaedah yang sama iaitu `think,pair,share' dimana saya ditugaskan untuk membuat mini research yang mana tajuknya berkaitan dengan tungasan yang pertama iaitu perisian sumber terbuka.Petunjuk untuk  melakukan tugasan ini telah diberikan dalam performa dan telah memberikan link sebagai panduan untuk memudahkan melakukan kajian.Diantara link yang telah diberikan ialah:
1.`Online Questionnaire'

  • http://www.statpac.com/survey/
  • http://www.surveyesystem.com/sdesign.htm
  • http://www.cc.getech.edu/classes/cs6751_97_winter/Topics/quest-design/
2.Membuat `survey monkey' yang percuma

  • membuat soalan soal selidik mengenai tajuk tugasan
  • untuk menyediakannya hendaklah mendaftar melalui suvey monkey iaitu melalui link yag telah diberikan dalam performa `www.surveymonkey.com'
  • kumpul semua data yang diperolehi
  • bertanyakan rakan sekelas untuk memberikan komen terhadap soalan soal selidik yang telah dibuat.
3.Menyediakan google form `http://docs google.com

  • menggunggunakan gmail akaun
  • melalui gmail klik pada dokumen untuk membuat `questionnaire'
  • Klik pada `Create New-Form'
  • Seterusnya` add demoghraph'
  • Menggunakan format multiple choice
  • melalui google docs terokai penggunaan `save,open,edit form'
Setelah selesai menyediakan soalan melalui surveymonkey dan goole docs seterusnya saya harus terlebih dahulu menghantar link form yang dibuat melalui yahoo mail untuk mendapatkan link untu memudahkan saya untu paste pada fb,fb groups.Seterusnya soalan-soalan yang telah dibuat melalui survey monkey dan google docs tadi hendaklah di post pada dinding fb dan fb group untuk mendapatkan maklumbalas daripada rakan-rakan sekelas mengenai perisian sumber terbuka.Melaluinya memudahkan saya untuk memperolehi data dan maklumat untuk melakukan mini research.

Thursday, 20 October 2011

Kelas Minggu Kelima

assalamuaikum..
  Pertama skali saya mengucapkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana telah memberikan keberkatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan keempat minggu kelima iaitu membuat laporan tentang tajuk` apakah yang harus malaysia lakukan untuk mengplikasikan penggunaan perisian sumber terbuka`.Walaupun agak lewat daripa tarikh sebenar tugasan ini harus disiapkan namun saya tetap gigih untuk menyiapkannya.Selain itu,tugasan kali ini semakin mencabar dan sukar.Oleh itu,saya harus meminta pertolongan daripada rakan yang lebih mengetahui untuk menyiapkan tugasan ini.Dua orang rakan yang paling utama membantu saya ialah Rosmahani dan Ummu Sulaim.Mereka berdua telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan kali ini.Seterusnya,penyiapan tugasan saya pada kali ini juga berpandukan portfolio yang telah dibekalkan.
  Perkara pertama yang harus dilakukan melalui tugasan ini ialah cara mempelajari proses untuk melakukan kajian.Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan link yang telah diberikan dalam performa untuk memudahkan saya mencari maklumat mengenai berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan dengan tugasan awal.Berikut ialah link yang telah diberikan:

  • http://library.albany.edu/subject/tutorial/education/index.html
  • http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_upload/Cap_Dev_Traning/Training_Materials/Quality/Qu_Mod 1.pdf
  • http://writing.colostate.edu/guides/research/survey/
  • http://managementhelp.org/businessresearch/questionaires
Seterusnya saya perlu mencari sumber rujukan untuk menyediakan laporan mengenai tajuk tugasan saya melalui link yang telah diberikan dalam performa iaitu:

  • http://www.ukm.my/library/
  • http://www,eziplib.ukm.my/login
  • htttp://scholar.google.com.my/
  • http://books.google.com
Setelah melayari laman sesawang melalui link yang telah diberikan saya harus 2 journal artikel daripada perpustakaan ukm untuk membuktikan pencarian maklumat saya.Berikut adalah link journal yang telah saya temui:

Seterusnya saya harus mendapatkan buku yang mempuyai maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang pertama.Buku yang diperolehi ialah:
Diantara buku-buku yang diperolehi untuk dijadikan sunber rujukan ialah:
Seterusnya saya harus berbincang mengenai tajuk yang diberikan dengan rakan-rakan melalui facebook group.Hal ini,adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan mendapatkan maklumat yang terbaik untuk menyiapkan tugasan yang seterusnya.

Selepas itu,saya harus download openOffice writer untuk menulis satu laporan iaitu` apakah yang harus Malaysia lakukan' .Cara-cara untuk dowload percuma openOffice writer ialah:

  • Mencari laman sesawang ini melalui google
  • Tekan muat turun `openOffice Writer' dan tunggu beberapa minit untuk ianya tamat muat turun.
APAKAH YANG PATUT MALAYSIA LAKUKAN UNTUK MENGPALIKAN PERISIAN SUMBER TERBUKA
Pengenalan
    Perisian sumber terbuka adalah merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang meninggalkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan.Melalui penggunaan perisian sumber terbuka terdapatnya kod sumber untuk sesuatu perisian yang boleh dilihat dan diubah oleh orang ramai tanpa sekatan undang-undang harta intelek.Sejarah permulaan perisian sumber terbuka adalah sejak tahun 1960an apabila computer komersial pertama iaitu International Busnines Machines (IBM)diperkenalkan.Perisian system operasi yang sediakan adalah percuma kepada pengguna dimana.Selepas tahun 1970an IBM tidak lagi memeperkenalkan perisian berkenaan setelah kemunculan perisian sumber terbuka yang terbaru.Terdapat dua syarikat peneraju utama yang mengasakan dan mendukung Perisian sumber terbuka secara percuma di Amerika Syarikat iaitu Richard Stallman dari Makmal Kepintaran Buatan (MIT) yang mana telah menarajui pembangunan projek GNU dan yayasan perisian bebeas.Seterusnya syarikat kedua yang dominen memaikan peranan adalah Kumpulan Penyelidikan Sains Komputer daripada Universiti California di Berkeley yang mana tujuan utamanya dalah unyuk meningkatan dan memperbaiki system UNIX serta membangunkan pelbagai jenis aplikasi yang dikenali sebagai BSDUnix.Seterusya,menjelang tahun 1990an terdapat semakin banyak projek OSS yang telah dihasikan antaranya adalah seperti Appache Perl.XFree86,Mozilla.GNOME dan KDE.
    Pekembangan Teknologi Maklumat masa kini telah beralih dari gelombang pertama yang menekankan kemahiran tenikal pengkomputeran kepada gelombang kedua yang lebih menekankan aspek pengurusan dan aplikasi (Adam dan Morgan 2007).Sistem perisian sememangnya banyak terdapat dalam pesaran.Masalahyang timbul ialah bagaimana negara membangun dapat menggunakan perisian yang terdapat dalam pasaran dengan kos yang mampu dimiliki? Ghosh, (2004) dalam laporan FLOSS (Free Libre Open Source System) melaporkan bahawa potensi penggunaan sumber terbuka oleh segelintir pakar teknologi dalam membangunkan sumber teebuka telah banyak memberi sumbangan kepada sistem pendidikan.    Kajian Ghosh (2004) di negara Bhutan pula mendapati bahawa negara membangun yang miskin terpaksa membayar jumlah yang berkali ganda dari pendapatan negara kasar (GDP) untuk mendapatkan lesen dan perisian tulen. Kajian OSS ini memperlihatkan empat kepentingan utama terhadap Malaysia iaitu strategik teknologi,ekonomi,dan social.Mengplikasikan penggunaan OSS adalah penting untuk sector pembelajaran dan inovasi,pembinaan keupayaan Negara untuk memudahkan keluar masuk pasaran seta dapat meningkatkan keselamatan Negara.



Kajian Lepas
  Melalui pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan rujukan pada kajian lepas telah mendapati tindakan yang telah dilakukan Malaysia bagi mengaplikasikan OSS ini antaranya ialah pengaplikasian OSS dalam bidang pendidikan iaitu Kajian mendapati sistem ini juga telah diuji dan terbukti keberkesanannya seperti yang telah dilaksanakan oleh Universiti Illinois di Urbana, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, UNITAR,  Badan - Badan Kerajaan,NGO,Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan orang perseorangan.Pada masa yang sama, sistem ini telah dilengkapi dengan segala aspek e-pembelajaran seperti berkeupayaan untuk menyimpan sumber pembelajaran, komunikasi dan aktiviti yang berpusat kepada topik pembelajaran yang dibangunkan. Ciri-ciri menarik yang terdapat dalam Moodle ialah interaksi antara muka, muat turun dan pengkongsian dokumen, membina bahan kandungan dalam bentuk HTML secara berformat, forum atau perbincangan, kuiz, penggredan, soal selidik berformat, pengkongsian dokumen, penulisan jurnal dan lain-lain yang merupakan elemen utama dalam pembangunan e-pembelajaran.Penyelidikan (Adam dan Morgan 2007) menunjukkan penggunaan sumber terbuka dalam pendidikan dapat memeberikan kelebihan kepada golonggan pendidik dan pentadbir laman web untuk mengolah dan membina kandungan perisiian mengikut acuan dan kehendak pedagogi sesebuah institusi pendidikan tinggi yang diwakili.Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah tindakan Malaysia dalam mengaplikasikan penggunaan Perisian Sumber Terbuka. Seterusnya kajian lepas yang menunjukan Malaysia telah mengaplikasikan OSS adalah melalui sektor peniagaan melalui penciptaan laman wed e-dagang.Istilah e-dagang boleh dikaitkan dengan e-perniagaan.E-dagang adlah merujuk kepada penggunaa internet untuk penempahan dan pembayaran produk itu sampai ataupun ketika menempahnya secara atas talian.E-perniagaan pula boleh diimplementasikan ke atas aktiviti perniagaan yang lebih meluas.Selain itu,e-perniagaan juga mampu menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat,memepercepatkan aktiviti yang dijalankan dalam perniagaan dan menerima maklumat yang berkaitan perniagaan dan menerima maklumat yang berkaitandengan kehendak dan keperluan pasaran semasa.Seterusnya kajian yang didapati melalui penglibatan Malaysia dalam mengaplikasikan perisian sumber terbuka adalah melalui pelan induk OSS yang telah dilancarkan pada 16 Julai 2004.Hasil kajian telah mendapati Pelan Induk berkaitan OSS yang telah dilancarkan oleh Malaysia ialah diwakili oleh pihak-paihak tertenyu seperti MAMPU.MOE,MOSTI dan Attorney General.Terdapat lima projek perintis yang telah melibatkan pengaplikasian OSS iaitu Kementerian Pelajaran (MOE) dan Learning Management System (LMS),Kementerian Kewangan-Tresury Portal Upgrade & EIDS,Jabatan Perkhimatan Awan (JPA) iaitu Esila,dan Kementerian Pembagunan Wanita Keluarga dan Masyarakat iaitu NurITA.


Perbincangan Kajian
Menerusi pengaplikasian perisian sumber terbuka dalam menjalankan urusan harian telah dapat memperkembangkan institusi pentadbiran Negara yang maju menjadi sebuah Negara yang mempunyai tahap kemahiran teknologi maklumat yang tinggi dan meningkatan taraf ekonomi dan nilai tambah bagi Negara berkenaan.Oleh itu,Malaysia perlu membangunkan kemampuannya dalam OSS,termasuk mewujudkan industry dalam bidang berkenaan bagi memastikan kedaulatan Negara tidak terancam oleh mereka yang hendak mengambil kesempatan terhadap kelemahan sesebuah Negara,terutamanya dalam bidang ICT.Hal ini demikain kerana,perisian yang ada di pasaran ketika ini membolehkan mana-mana pakar computer di Negara ini `melihat` kod sumber perisian berkenaan.Sebaliknya,hanya pakar yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan boleh berbuat demikian.Kelemahan ini telah menyebabkan manipulasi kuasa besar atau mereka yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu perkara terutama bagi mendapatkan rahsia dan maklumat sulit kerajaan.Dengan ini mereka bebas untuk berbuat sesuatu sewenang-wenangnya,termasuk memasukkan apa saja program yang mempu bagi mencuri maklumat secara rahsia dan menghantarnya kepada musuh.Dengan ini keselamatan sesebuah Negara itu akan tergugat.Oleh itu,rakyat Malaysia haruslah menyedari kepentingan mengenai pengetahuan dalam bidang OSS ini kerana terlalu banyak manfaat yang diperolehi.Natijahnya,semua pihak harus bekerjasama bagi meningkatkan kemahiran Negara dalam bidang teknologi maklumat ini.
Rumusan
Internet merupakan satu medan yang luas mengandungi pelbagai sumber dan maklumat yang dikehendaki.Melalui penggunaan Internet,pengguna dapat berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.Asas ini diaplikasikan dalam system pengurusan sesebuah organisasi dimana Internet dan Externet diperkenalkan.Selain itu,dengan adanya perisian sumber terbuka OSS ini telah Berjaya mengubah dunia industry teknologi maklumat dan komunikasi dengan mengurangkan harga perisian beserta keupayaan memeberikan nilai tambah yang tinggi kepada organisasi.Selain itu,membenarkan pengguna untuk menggunakan sesuatu secara percuma telah menyebabkan ramai yang tertarik kepada OSS kerana menawarkan kelebihan yang diberikan oleh perisian komersil yang lain.Namun begitu,penggunaannya haruslah berhemat dan menepati etika dan norma-norma tertentu.





Rujukan


Tuesday, 11 October 2011

Kelas Minggu Ketiga & keempat

PERISIAN SUMBER TERBUKA

Apa
Perisian sumber terbuka merupakan berapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan.Melalui penggunaan perisian sumber terbuka terdapatnya kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah oleh orang ramai tanpa sekatan undang-undang harta intelek..Oleh itu, membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.
Kenapa
Melalui penggunaan `open source software` dapat menjimatkan kos penyelenggaraan laman web @ aplikasi web untuk organisasi.Contohnya laman web yang terbuka yang sering digunakan oleh pengguna adalah Drupal,wordpress dan Joomla.Sumber terbuka adalah perisian bebas untuk digunakan tetapi tertakluk kepada syarat penggunaan perisian tersebut.
Dimana
Perisian sumber tarbuka merupakan salah satu daripada perisian yang terdapat dalam computer apabila kita melayari internet.Berikut adalah diantara aplikasi yang berasaskan perisian sumber terbuka:
Google
Gmail
Facebook
YouTube
Yahoo
Flickr
Amazon.com
Siapa
Penggunaan perisian terbuka adalah di sekitar perpustakaan badi memudahkan pencarian maklumat kepada pelajar.Seterusnya dalam kalangan pelajar sama ada pelajar sekolah ataupun pelajar IPT.Perisian sumber terbuka juga digunakan oleh penjawat awan dan sector swasta untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan harian mereka.Pihak Kerajaan juga menggunakan perisian sumber terbuka seperti kementerian Pelajaran(MOE),Kementerian Kewangan,Jabatan Perkhidmatan Awan,dan Kementerian Wanita,Keluarga & Pembangunan Masyarakat.

Bagaimana
Berikut merupakan diantara kriteria yang terdapat pada perisian sumber terbuka:
1. Bebas Untuk Pengedaran Semula
Lesen tersebut tidak boleh menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian tersebut sebagai satu komponen pengedaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh digunakan bagi mendapatkan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi mana-mana penjualan tertentu.
2. Kod Sumber
Sesuatu aturcara perlu disertakan bersama kod sumber, dan membenarkan pengedaran kod sumber bersama aturcara yang telah dikompil. Bagi sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama dengan kod sumber, pemberitahuan/publisiti bagi mendapatkan kod sumber perlu dibuat samada tidak lebih dari kadar kos penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya. Kod sumber yang sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.
3. Sumber Kerja Asal
Lesen tersebut mestilah membenarkan pengubahsuaian serta sumber kerja asal, dan perlu membenarkan ia diedar di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.
4. Integriti Pencipta Kod SumberLesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut mungkin memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi yang berbeza daripada perisian asal.
5. Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan
Lesen tersebut tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu atau kumpulan tertentu
.6. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetic
.7. Pengedaran Lesen
Hak yang dilampirkan kepada aturcara mestilah boleh digunapakai kesemuanya oleh sesiapa yang menerima aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan oleh pihak-pihak tertentu.
 8. Lesen Tidak Boleh Di Khusus Kepada Suatu Produk
Hak yang dilampirkan kepada aturcara tidak boleh bergantung kepada keadaan aturcara yang merupakan sebahagian daripada pengedaran perisian tertentu. Jika aturcara diambil daripada pengedaran tersebut dan digunakan atau diedarkan di dalam terma lesen aturcara tersebut, semua pihak di mana pengedaran semula aturcara itu harus memiliki hak yang sama seperti yang dibenarkan kepada pengedaran aturcara yang asal
.9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan pembatasan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh mendesak aturcara lain yang diedarkan pada medium yang sama menjadi perisian sumber terbuka. 10. Lesen tersebut mestilah berbentuk teknologi-neutral.Tiada peruntukan bagi lesen dipredikat pada mana-mana teknologi individu atau gaya sesuatu antaramuka.

Kelebihan perisian sumber terbuka
Kebanyakan Percuma-adalah diaturkan secara percuma dan tidak perlu membayar untuk menggunakannya.Berbeza dengan perisian yang dibina khas untuk organisasi yang mana ada antaranya memerlukan lessen
Ramai Tenaga Pakar-Terdapat ramai developer dan designer yang ada di internet dapat membantu anda sekiranya menghadapi masalah @ memerlukan fungsi yang spesifik untuk laman web.Harga yang dikenakan adalah berpatutan
Selamat untuk digunakan-Ciri-ciri keselamatan web amat diutamakan kerana ianya melibatkan penggunaan seluruh dunia.
Sumber rujukan yang banyak-Bnayak sumber rujukan dan tutorial yang boleh didapati di internet untuk membantu anda pada bila-bila masa
Fungsi tambahan-Sekiranya menggunakan kemudahan laman web yang berfungsi tambahan mampu untuk mencipta barang digital untuk mendapatkan maklumat dari pengguna laman web anda sendiri tanpa perlu membayar promgrammer untuk melakukannya
Mudah untuk diubahsuai-Kebanyakkan perisian sumber terbuka mempunyai API tersendiri yang mana lengkap dengan dimentasi untuknya.Selain itu,terdapat juga yang menyediakan tutorial dan artikel yang memudahkan kita memahami penggunaan perisian tersebut.