Tuesday, 25 October 2011

Kelas Minggu Keenam

Assalamuaikum..
Tugasan minggu ini masih menggekalkan kaedah yang sama iaitu `think,pair,share' dimana saya ditugaskan untuk membuat mini research yang mana tajuknya berkaitan dengan tungasan yang pertama iaitu perisian sumber terbuka.Petunjuk untuk  melakukan tugasan ini telah diberikan dalam performa dan telah memberikan link sebagai panduan untuk memudahkan melakukan kajian.Diantara link yang telah diberikan ialah:
1.`Online Questionnaire'

  • http://www.statpac.com/survey/
  • http://www.surveyesystem.com/sdesign.htm
  • http://www.cc.getech.edu/classes/cs6751_97_winter/Topics/quest-design/
2.Membuat `survey monkey' yang percuma

  • membuat soalan soal selidik mengenai tajuk tugasan
  • untuk menyediakannya hendaklah mendaftar melalui suvey monkey iaitu melalui link yag telah diberikan dalam performa `www.surveymonkey.com'
  • kumpul semua data yang diperolehi
  • bertanyakan rakan sekelas untuk memberikan komen terhadap soalan soal selidik yang telah dibuat.
3.Menyediakan google form `http://docs google.com

  • menggunggunakan gmail akaun
  • melalui gmail klik pada dokumen untuk membuat `questionnaire'
  • Klik pada `Create New-Form'
  • Seterusnya` add demoghraph'
  • Menggunakan format multiple choice
  • melalui google docs terokai penggunaan `save,open,edit form'
Setelah selesai menyediakan soalan melalui surveymonkey dan goole docs seterusnya saya harus terlebih dahulu menghantar link form yang dibuat melalui yahoo mail untuk mendapatkan link untu memudahkan saya untu paste pada fb,fb groups.Seterusnya soalan-soalan yang telah dibuat melalui survey monkey dan google docs tadi hendaklah di post pada dinding fb dan fb group untuk mendapatkan maklumbalas daripada rakan-rakan sekelas mengenai perisian sumber terbuka.Melaluinya memudahkan saya untuk memperolehi data dan maklumat untuk melakukan mini research.

Thursday, 20 October 2011

Kelas Minggu Kelima

assalamuaikum..
  Pertama skali saya mengucapkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana telah memberikan keberkatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan keempat minggu kelima iaitu membuat laporan tentang tajuk` apakah yang harus malaysia lakukan untuk mengplikasikan penggunaan perisian sumber terbuka`.Walaupun agak lewat daripa tarikh sebenar tugasan ini harus disiapkan namun saya tetap gigih untuk menyiapkannya.Selain itu,tugasan kali ini semakin mencabar dan sukar.Oleh itu,saya harus meminta pertolongan daripada rakan yang lebih mengetahui untuk menyiapkan tugasan ini.Dua orang rakan yang paling utama membantu saya ialah Rosmahani dan Ummu Sulaim.Mereka berdua telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan kali ini.Seterusnya,penyiapan tugasan saya pada kali ini juga berpandukan portfolio yang telah dibekalkan.
  Perkara pertama yang harus dilakukan melalui tugasan ini ialah cara mempelajari proses untuk melakukan kajian.Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan link yang telah diberikan dalam performa untuk memudahkan saya mencari maklumat mengenai berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan dengan tugasan awal.Berikut ialah link yang telah diberikan:

  • http://library.albany.edu/subject/tutorial/education/index.html
  • http://www.iiep.unesco.org/fileadmin/user_upload/Cap_Dev_Traning/Training_Materials/Quality/Qu_Mod 1.pdf
  • http://writing.colostate.edu/guides/research/survey/
  • http://managementhelp.org/businessresearch/questionaires
Seterusnya saya perlu mencari sumber rujukan untuk menyediakan laporan mengenai tajuk tugasan saya melalui link yang telah diberikan dalam performa iaitu:

  • http://www.ukm.my/library/
  • http://www,eziplib.ukm.my/login
  • htttp://scholar.google.com.my/
  • http://books.google.com
Setelah melayari laman sesawang melalui link yang telah diberikan saya harus 2 journal artikel daripada perpustakaan ukm untuk membuktikan pencarian maklumat saya.Berikut adalah link journal yang telah saya temui:

Seterusnya saya harus mendapatkan buku yang mempuyai maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang pertama.Buku yang diperolehi ialah:
Diantara buku-buku yang diperolehi untuk dijadikan sunber rujukan ialah:
Seterusnya saya harus berbincang mengenai tajuk yang diberikan dengan rakan-rakan melalui facebook group.Hal ini,adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan mendapatkan maklumat yang terbaik untuk menyiapkan tugasan yang seterusnya.

Selepas itu,saya harus download openOffice writer untuk menulis satu laporan iaitu` apakah yang harus Malaysia lakukan' .Cara-cara untuk dowload percuma openOffice writer ialah:

  • Mencari laman sesawang ini melalui google
  • Tekan muat turun `openOffice Writer' dan tunggu beberapa minit untuk ianya tamat muat turun.
APAKAH YANG PATUT MALAYSIA LAKUKAN UNTUK MENGPALIKAN PERISIAN SUMBER TERBUKA
Pengenalan
    Perisian sumber terbuka adalah merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang meninggalkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan.Melalui penggunaan perisian sumber terbuka terdapatnya kod sumber untuk sesuatu perisian yang boleh dilihat dan diubah oleh orang ramai tanpa sekatan undang-undang harta intelek.Sejarah permulaan perisian sumber terbuka adalah sejak tahun 1960an apabila computer komersial pertama iaitu International Busnines Machines (IBM)diperkenalkan.Perisian system operasi yang sediakan adalah percuma kepada pengguna dimana.Selepas tahun 1970an IBM tidak lagi memeperkenalkan perisian berkenaan setelah kemunculan perisian sumber terbuka yang terbaru.Terdapat dua syarikat peneraju utama yang mengasakan dan mendukung Perisian sumber terbuka secara percuma di Amerika Syarikat iaitu Richard Stallman dari Makmal Kepintaran Buatan (MIT) yang mana telah menarajui pembangunan projek GNU dan yayasan perisian bebeas.Seterusnya syarikat kedua yang dominen memaikan peranan adalah Kumpulan Penyelidikan Sains Komputer daripada Universiti California di Berkeley yang mana tujuan utamanya dalah unyuk meningkatan dan memperbaiki system UNIX serta membangunkan pelbagai jenis aplikasi yang dikenali sebagai BSDUnix.Seterusya,menjelang tahun 1990an terdapat semakin banyak projek OSS yang telah dihasikan antaranya adalah seperti Appache Perl.XFree86,Mozilla.GNOME dan KDE.
    Pekembangan Teknologi Maklumat masa kini telah beralih dari gelombang pertama yang menekankan kemahiran tenikal pengkomputeran kepada gelombang kedua yang lebih menekankan aspek pengurusan dan aplikasi (Adam dan Morgan 2007).Sistem perisian sememangnya banyak terdapat dalam pesaran.Masalahyang timbul ialah bagaimana negara membangun dapat menggunakan perisian yang terdapat dalam pasaran dengan kos yang mampu dimiliki? Ghosh, (2004) dalam laporan FLOSS (Free Libre Open Source System) melaporkan bahawa potensi penggunaan sumber terbuka oleh segelintir pakar teknologi dalam membangunkan sumber teebuka telah banyak memberi sumbangan kepada sistem pendidikan.    Kajian Ghosh (2004) di negara Bhutan pula mendapati bahawa negara membangun yang miskin terpaksa membayar jumlah yang berkali ganda dari pendapatan negara kasar (GDP) untuk mendapatkan lesen dan perisian tulen. Kajian OSS ini memperlihatkan empat kepentingan utama terhadap Malaysia iaitu strategik teknologi,ekonomi,dan social.Mengplikasikan penggunaan OSS adalah penting untuk sector pembelajaran dan inovasi,pembinaan keupayaan Negara untuk memudahkan keluar masuk pasaran seta dapat meningkatkan keselamatan Negara.



Kajian Lepas
  Melalui pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan rujukan pada kajian lepas telah mendapati tindakan yang telah dilakukan Malaysia bagi mengaplikasikan OSS ini antaranya ialah pengaplikasian OSS dalam bidang pendidikan iaitu Kajian mendapati sistem ini juga telah diuji dan terbukti keberkesanannya seperti yang telah dilaksanakan oleh Universiti Illinois di Urbana, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, UNITAR,  Badan - Badan Kerajaan,NGO,Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan orang perseorangan.Pada masa yang sama, sistem ini telah dilengkapi dengan segala aspek e-pembelajaran seperti berkeupayaan untuk menyimpan sumber pembelajaran, komunikasi dan aktiviti yang berpusat kepada topik pembelajaran yang dibangunkan. Ciri-ciri menarik yang terdapat dalam Moodle ialah interaksi antara muka, muat turun dan pengkongsian dokumen, membina bahan kandungan dalam bentuk HTML secara berformat, forum atau perbincangan, kuiz, penggredan, soal selidik berformat, pengkongsian dokumen, penulisan jurnal dan lain-lain yang merupakan elemen utama dalam pembangunan e-pembelajaran.Penyelidikan (Adam dan Morgan 2007) menunjukkan penggunaan sumber terbuka dalam pendidikan dapat memeberikan kelebihan kepada golonggan pendidik dan pentadbir laman web untuk mengolah dan membina kandungan perisiian mengikut acuan dan kehendak pedagogi sesebuah institusi pendidikan tinggi yang diwakili.Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah tindakan Malaysia dalam mengaplikasikan penggunaan Perisian Sumber Terbuka. Seterusnya kajian lepas yang menunjukan Malaysia telah mengaplikasikan OSS adalah melalui sektor peniagaan melalui penciptaan laman wed e-dagang.Istilah e-dagang boleh dikaitkan dengan e-perniagaan.E-dagang adlah merujuk kepada penggunaa internet untuk penempahan dan pembayaran produk itu sampai ataupun ketika menempahnya secara atas talian.E-perniagaan pula boleh diimplementasikan ke atas aktiviti perniagaan yang lebih meluas.Selain itu,e-perniagaan juga mampu menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat,memepercepatkan aktiviti yang dijalankan dalam perniagaan dan menerima maklumat yang berkaitan perniagaan dan menerima maklumat yang berkaitandengan kehendak dan keperluan pasaran semasa.Seterusnya kajian yang didapati melalui penglibatan Malaysia dalam mengaplikasikan perisian sumber terbuka adalah melalui pelan induk OSS yang telah dilancarkan pada 16 Julai 2004.Hasil kajian telah mendapati Pelan Induk berkaitan OSS yang telah dilancarkan oleh Malaysia ialah diwakili oleh pihak-paihak tertenyu seperti MAMPU.MOE,MOSTI dan Attorney General.Terdapat lima projek perintis yang telah melibatkan pengaplikasian OSS iaitu Kementerian Pelajaran (MOE) dan Learning Management System (LMS),Kementerian Kewangan-Tresury Portal Upgrade & EIDS,Jabatan Perkhimatan Awan (JPA) iaitu Esila,dan Kementerian Pembagunan Wanita Keluarga dan Masyarakat iaitu NurITA.


Perbincangan Kajian
Menerusi pengaplikasian perisian sumber terbuka dalam menjalankan urusan harian telah dapat memperkembangkan institusi pentadbiran Negara yang maju menjadi sebuah Negara yang mempunyai tahap kemahiran teknologi maklumat yang tinggi dan meningkatan taraf ekonomi dan nilai tambah bagi Negara berkenaan.Oleh itu,Malaysia perlu membangunkan kemampuannya dalam OSS,termasuk mewujudkan industry dalam bidang berkenaan bagi memastikan kedaulatan Negara tidak terancam oleh mereka yang hendak mengambil kesempatan terhadap kelemahan sesebuah Negara,terutamanya dalam bidang ICT.Hal ini demikain kerana,perisian yang ada di pasaran ketika ini membolehkan mana-mana pakar computer di Negara ini `melihat` kod sumber perisian berkenaan.Sebaliknya,hanya pakar yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan boleh berbuat demikian.Kelemahan ini telah menyebabkan manipulasi kuasa besar atau mereka yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu perkara terutama bagi mendapatkan rahsia dan maklumat sulit kerajaan.Dengan ini mereka bebas untuk berbuat sesuatu sewenang-wenangnya,termasuk memasukkan apa saja program yang mempu bagi mencuri maklumat secara rahsia dan menghantarnya kepada musuh.Dengan ini keselamatan sesebuah Negara itu akan tergugat.Oleh itu,rakyat Malaysia haruslah menyedari kepentingan mengenai pengetahuan dalam bidang OSS ini kerana terlalu banyak manfaat yang diperolehi.Natijahnya,semua pihak harus bekerjasama bagi meningkatkan kemahiran Negara dalam bidang teknologi maklumat ini.
Rumusan
Internet merupakan satu medan yang luas mengandungi pelbagai sumber dan maklumat yang dikehendaki.Melalui penggunaan Internet,pengguna dapat berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain.Asas ini diaplikasikan dalam system pengurusan sesebuah organisasi dimana Internet dan Externet diperkenalkan.Selain itu,dengan adanya perisian sumber terbuka OSS ini telah Berjaya mengubah dunia industry teknologi maklumat dan komunikasi dengan mengurangkan harga perisian beserta keupayaan memeberikan nilai tambah yang tinggi kepada organisasi.Selain itu,membenarkan pengguna untuk menggunakan sesuatu secara percuma telah menyebabkan ramai yang tertarik kepada OSS kerana menawarkan kelebihan yang diberikan oleh perisian komersil yang lain.Namun begitu,penggunaannya haruslah berhemat dan menepati etika dan norma-norma tertentu.





Rujukan


Tuesday, 11 October 2011

Kelas Minggu Ketiga & keempat

PERISIAN SUMBER TERBUKA

Apa
Perisian sumber terbuka merupakan berapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan.Melalui penggunaan perisian sumber terbuka terdapatnya kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah oleh orang ramai tanpa sekatan undang-undang harta intelek..Oleh itu, membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.
Kenapa
Melalui penggunaan `open source software` dapat menjimatkan kos penyelenggaraan laman web @ aplikasi web untuk organisasi.Contohnya laman web yang terbuka yang sering digunakan oleh pengguna adalah Drupal,wordpress dan Joomla.Sumber terbuka adalah perisian bebas untuk digunakan tetapi tertakluk kepada syarat penggunaan perisian tersebut.
Dimana
Perisian sumber tarbuka merupakan salah satu daripada perisian yang terdapat dalam computer apabila kita melayari internet.Berikut adalah diantara aplikasi yang berasaskan perisian sumber terbuka:
Google
Gmail
Facebook
YouTube
Yahoo
Flickr
Amazon.com
Siapa
Penggunaan perisian terbuka adalah di sekitar perpustakaan badi memudahkan pencarian maklumat kepada pelajar.Seterusnya dalam kalangan pelajar sama ada pelajar sekolah ataupun pelajar IPT.Perisian sumber terbuka juga digunakan oleh penjawat awan dan sector swasta untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan harian mereka.Pihak Kerajaan juga menggunakan perisian sumber terbuka seperti kementerian Pelajaran(MOE),Kementerian Kewangan,Jabatan Perkhidmatan Awan,dan Kementerian Wanita,Keluarga & Pembangunan Masyarakat.

Bagaimana
Berikut merupakan diantara kriteria yang terdapat pada perisian sumber terbuka:
1. Bebas Untuk Pengedaran Semula
Lesen tersebut tidak boleh menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian tersebut sebagai satu komponen pengedaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh digunakan bagi mendapatkan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi mana-mana penjualan tertentu.
2. Kod Sumber
Sesuatu aturcara perlu disertakan bersama kod sumber, dan membenarkan pengedaran kod sumber bersama aturcara yang telah dikompil. Bagi sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama dengan kod sumber, pemberitahuan/publisiti bagi mendapatkan kod sumber perlu dibuat samada tidak lebih dari kadar kos penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya. Kod sumber yang sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.
3. Sumber Kerja Asal
Lesen tersebut mestilah membenarkan pengubahsuaian serta sumber kerja asal, dan perlu membenarkan ia diedar di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.
4. Integriti Pencipta Kod SumberLesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut mungkin memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi yang berbeza daripada perisian asal.
5. Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan
Lesen tersebut tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu atau kumpulan tertentu
.6. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetic
.7. Pengedaran Lesen
Hak yang dilampirkan kepada aturcara mestilah boleh digunapakai kesemuanya oleh sesiapa yang menerima aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan oleh pihak-pihak tertentu.
 8. Lesen Tidak Boleh Di Khusus Kepada Suatu Produk
Hak yang dilampirkan kepada aturcara tidak boleh bergantung kepada keadaan aturcara yang merupakan sebahagian daripada pengedaran perisian tertentu. Jika aturcara diambil daripada pengedaran tersebut dan digunakan atau diedarkan di dalam terma lesen aturcara tersebut, semua pihak di mana pengedaran semula aturcara itu harus memiliki hak yang sama seperti yang dibenarkan kepada pengedaran aturcara yang asal
.9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan pembatasan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh mendesak aturcara lain yang diedarkan pada medium yang sama menjadi perisian sumber terbuka. 10. Lesen tersebut mestilah berbentuk teknologi-neutral.Tiada peruntukan bagi lesen dipredikat pada mana-mana teknologi individu atau gaya sesuatu antaramuka.

Kelebihan perisian sumber terbuka
Kebanyakan Percuma-adalah diaturkan secara percuma dan tidak perlu membayar untuk menggunakannya.Berbeza dengan perisian yang dibina khas untuk organisasi yang mana ada antaranya memerlukan lessen
Ramai Tenaga Pakar-Terdapat ramai developer dan designer yang ada di internet dapat membantu anda sekiranya menghadapi masalah @ memerlukan fungsi yang spesifik untuk laman web.Harga yang dikenakan adalah berpatutan
Selamat untuk digunakan-Ciri-ciri keselamatan web amat diutamakan kerana ianya melibatkan penggunaan seluruh dunia.
Sumber rujukan yang banyak-Bnayak sumber rujukan dan tutorial yang boleh didapati di internet untuk membantu anda pada bila-bila masa
Fungsi tambahan-Sekiranya menggunakan kemudahan laman web yang berfungsi tambahan mampu untuk mencipta barang digital untuk mendapatkan maklumat dari pengguna laman web anda sendiri tanpa perlu membayar promgrammer untuk melakukannya
Mudah untuk diubahsuai-Kebanyakkan perisian sumber terbuka mempunyai API tersendiri yang mana lengkap dengan dimentasi untuknya.Selain itu,terdapat juga yang menyediakan tutorial dan artikel yang memudahkan kita memahami penggunaan perisian tersebut.



Friday, 7 October 2011

Kelas Minggu Kedua


SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Apa
· Juga dikenali dengan learning content management system (LCMS) atau virtual learning environment (VLE)
·      Perisian Komersil
·   Perisian sumber terbuka (open source): boleh dimuat turun, diubahsuai dan diedarkan semula
· Sistem yang dibangunkan sendiri oleh institusi dan disesuaikan dengan keperluan institusi

Ciri-ciri utama dalam LMS
·         Maklumat matapelajaran
·         Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat
·         Kemudahan komunikasi
·         Kemudahan penilaian

Kenapa

LMS selalunya digunakan disekolah kerana melalui system LMS dapat menambahkan lagi isi kandungan pembelajaran dan mengambil pelbagai objek pembelajaran.Kaedah penyampaian melalui LMS disampaikan kepada pelajar melalui alat pengurusan dalam bentuk system pengurusan isi kandungan (content management system),bilik darjah maya dan perisian power point.

Dimana
Penggunaan pengurusan pembelajaran selalunya berlaku di pusat pengajian tinggi.Pengetahuan mengenai penggunaan pengurusan dapat membantu  pengguna untuk melaksanakan system dengan lebih efektif dan berkesan.Seterusnya penggunaan LMS juga berlaku  di sekolah.Pengetahuan dalam  system LMS yang menyeluruh dapat membatu guru dan pihak pentadbir dalam melaksanakan pengajaran dengan lebih cekap dan berkesan.Oleh itu,bagi  mencapai matlamat ini, Pengurusan Sistem Pembelajaran ( Learning Management System – LMS ) perlu dikuasai oleh pihak pentadbir dan guru supaya sistem E-Pembelajaran ini tidak digunakan pada tahap yang minimum sahaja dan dapat menampung kehendak pembelajaran dan informasi yang diinginkan oleh pelajar.


   Setelah menyiapkan tugasan banyak ilmu yang telah diperolehi mengenai LMS.Rumusan yang dapat dibuat ialah LMS penting untuk diaplikasikan dalam aktiviti harian untuk memudahkan lagi perjalanan aktiviti tersebut.Seterusnya dengan adanya penggunaaan LMS penting terutamanya untuk bidang pendidikan..Hal ini demikian kerana melalui LMS kaedah pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.Contohnya,melaluai penggunaan bilik darjah maya dan perisian power point.
Oleh itu,fungsi utama LMS seperti:
Maklumat matapelajaran
·         Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat
·         Kemudahan komunikasi