PERISIAN SUMBER TERBUKA
Apa
Perisian sumber terbuka merupakan berapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan.Melalui penggunaan perisian sumber terbuka terdapatnya kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah oleh orang ramai tanpa sekatan undang-undang harta intelek..Oleh itu, membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai.
Kenapa
Melalui penggunaan `open source software` dapat menjimatkan kos penyelenggaraan laman web @ aplikasi web untuk organisasi.Contohnya laman web yang terbuka yang sering digunakan oleh pengguna adalah Drupal,wordpress dan Joomla.Sumber terbuka adalah perisian bebas untuk digunakan tetapi tertakluk kepada syarat penggunaan perisian tersebut.
Dimana
Perisian sumber tarbuka merupakan salah satu daripada perisian yang terdapat dalam computer apabila kita melayari internet.Berikut adalah diantara aplikasi yang berasaskan perisian sumber terbuka:
Google
Gmail
Facebook
YouTube
Yahoo
Flickr
Amazon.com
Siapa
Penggunaan perisian terbuka adalah di sekitar perpustakaan badi memudahkan pencarian maklumat kepada pelajar.Seterusnya dalam kalangan pelajar sama ada pelajar sekolah ataupun pelajar IPT.Perisian sumber terbuka juga digunakan oleh penjawat awan dan sector swasta untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan harian mereka.Pihak Kerajaan juga menggunakan perisian sumber terbuka seperti kementerian Pelajaran(MOE),Kementerian Kewangan,Jabatan Perkhidmatan Awan,dan Kementerian Wanita,Keluarga & Pembangunan Masyarakat.
Bagaimana
Berikut merupakan diantara kriteria yang terdapat pada perisian sumber terbuka:
1. Bebas Untuk Pengedaran Semula
Lesen tersebut tidak boleh menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian tersebut sebagai satu komponen pengedaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak boleh digunakan bagi mendapatkan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi mana-mana penjualan tertentu.
2. Kod Sumber
Sesuatu aturcara perlu disertakan bersama kod sumber, dan membenarkan pengedaran kod sumber bersama aturcara yang telah dikompil. Bagi sesetengah produk yang tidak diedarkan bersama dengan kod sumber, pemberitahuan/publisiti bagi mendapatkan kod sumber perlu dibuat samada tidak lebih dari kadar kos penghasilan semula yang berpatutan atau boleh dimuat turun melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber mestilah dalam bentuk yang boleh diterima umum yang mana pengaturcara boleh membuat pindaan terhadapnya. Kod sumber yang sengaja berbentuk mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemprosesan atau penterjemahan juga tidak dibenarkan.
3. Sumber Kerja Asal
Lesen tersebut mestilah membenarkan pengubahsuaian serta sumber kerja asal, dan perlu membenarkan ia diedar di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal.
4. Integriti Pencipta Kod SumberLesen tersebut boleh menghadkan pengedaran kod sumber dalam bentuk pindaan sahaja hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran "fail tampung" bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut mungkin memerlukan sumber kerja asal untuk membawa nama atau versi yang berbeza daripada perisian asal.
5. Tiada Diskriminasi Terhadap Individu Atau Kumpulan
Lesen tersebut tidak boleh mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu atau kumpulan tertentu
.6. Tiada Diskriminasi Terhadap Sesuatu Bidang Usaha
Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara tersebut dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetic
.7. Pengedaran Lesen
Hak yang dilampirkan kepada aturcara mestilah boleh digunapakai kesemuanya oleh sesiapa yang menerima aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan oleh pihak-pihak tertentu.
8. Lesen Tidak Boleh Di Khusus Kepada Suatu Produk
Hak yang dilampirkan kepada aturcara tidak boleh bergantung kepada keadaan aturcara yang merupakan sebahagian daripada pengedaran perisian tertentu. Jika aturcara diambil daripada pengedaran tersebut dan digunakan atau diedarkan di dalam terma lesen aturcara tersebut, semua pihak di mana pengedaran semula aturcara itu harus memiliki hak yang sama seperti yang dibenarkan kepada pengedaran aturcara yang asal
.9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain
Lesen tersebut tidak boleh meletakkan pembatasan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian berlesen. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh mendesak aturcara lain yang diedarkan pada medium yang sama menjadi perisian sumber terbuka. 10. Lesen tersebut mestilah berbentuk teknologi-neutral.Tiada peruntukan bagi lesen dipredikat pada mana-mana teknologi individu atau gaya sesuatu antaramuka.
Kelebihan perisian sumber terbuka
Kebanyakan Percuma-adalah diaturkan secara percuma dan tidak perlu membayar untuk menggunakannya.Berbeza dengan perisian yang dibina khas untuk organisasi yang mana ada antaranya memerlukan lessen
Ramai Tenaga Pakar-Terdapat ramai developer dan designer yang ada di internet dapat membantu anda sekiranya menghadapi masalah @ memerlukan fungsi yang spesifik untuk laman web.Harga yang dikenakan adalah berpatutan
Selamat untuk digunakan-Ciri-ciri keselamatan web amat diutamakan kerana ianya melibatkan penggunaan seluruh dunia.
Sumber rujukan yang banyak-Bnayak sumber rujukan dan tutorial yang boleh didapati di internet untuk membantu anda pada bila-bila masa
Fungsi tambahan-Sekiranya menggunakan kemudahan laman web yang berfungsi tambahan mampu untuk mencipta barang digital untuk mendapatkan maklumat dari pengguna laman web anda sendiri tanpa perlu membayar promgrammer untuk melakukannya
Mudah untuk diubahsuai-Kebanyakkan perisian sumber terbuka mempunyai API tersendiri yang mana lengkap dengan dimentasi untuknya.Selain itu,terdapat juga yang menyediakan tutorial dan artikel yang memudahkan kita memahami penggunaan perisian tersebut.
No comments:
Post a Comment